3.0 Pengenalan Perniagaan / Syarikat

contoh :




3.0      PENGENALAN PERNIAGAAN/SYARIKAT

SPEARMINT telah ditubuhkan pada secara rasmi pada 28 Mac 2006 merupakan sebuah perniagaan pemilikan tunggal. Perniagaan ini akan beroperasi di Pusat membeli belah Season Square, Damansara Damai. Aktiviti utamanya ialah menawarkan perkhidmatan tempahan pakaian wanita dan lelaki seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu, blaus, slek wanita, jubah dan lain-lain. Biarpun ia baru didaftarkan secara rasmi, perniagaan ini telah dimulakan secara sambilan selama setahun yang lalu oleh pemilik secara kecil-kecilan di rumah.



Pemilik juga telah menyertai Kursus Usahawan Teknikal Mara (PUTEK). Melalui kursus ini, pemilik dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna bagi menguruskan perniagaan sendiri. Perniagaan ini juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sebelum ini. Namun apabila mendapat permintaan yang tinggi menyebabkan SPEARMINT mengalami masalah kewangan untuk menambah bilangan mesin dan peralatan menjahit. Adalah menjadi hasrat seorang usahawan untuk turut serta di dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang bergerak ke arah yang positif sejak kebelakangan ini. Ia juga menyahut seruan kerajaan di dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Memandangkan bidang ini mempunyai potensi yang tinggi dn berdaya maju, SPEARMINT bercadang untuk memohon pembiayaan MARA untuk membeli aset tetap dan modal pusingan yang diperlukan untuk modal perniagaan. Tingginya harapan SPEARMINT agar permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak MARA supaya dengan modal tersebut membolehkan SPEARMINT mempertingkatkan pengeluarannya dan berkembang maju.

Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.