Penutup

contoh :

13.0      PENUTUP

SPEARMINT berasa amat bertuah sekiranya diberi peluang untuk terus maju dalam bidang perniagaan ini. Walaupun keadaan ekonomi Malaysia masih lagi berada dalam era pemulihan, tetapi SPEARMINT berasa amat yakin bahawa situasi persekitaran ekonomi keseluruhannya masih baik. Perniagaan ini tetap akan berjalan lancar dan memberikan pulangan yang memberansangkan. Ini kerana SPEARMINT juga percaya bahawa akan mendapat tempat di hati pelanggan dengan perkhidmatan yang diberikan.

      Unjuran-unjuran aspek kewangan yang dibuat untuk tahun pertama operasi adalah konservatif kerana mengambil kira faktor bahawa SPEARMINT masih baru beroperasi dan di dalam proses mendapatkan kepercayaan pelanggan baru.

      Setelah diamati dari pelbagai aspek termasuk pesaing-pesaing di sekitar premis, pemilik amat yakin bahawa mampu untuk bersaing dengan sewajarnya. Salah satu faktornya ialah pemilik telah mejalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah selama setahun dan membuatkan pemilik mempunyai pelanggan tetap. Saya yakin dengan kemahiran dan pengalaman yang ada dapat membantu SPEARMINT berkembang maju di masa hadapan.

Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.