Strategi Pembangunan Produk Baru

Bab 3 : STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK BARU

Produk baru boleh diwujudkan dengan TIGA cara iaitu;

1. mengeluarkan produk baru (asli) hasil penyelidikan dan pembangunan
2. mengambil alih firma lain serta produknya samada membeli firma itu sendiri atau membeli   paten (patent) atau lesen.

3. penambahbaikan atau pengubahsuaian dilakukan ke atas jenama sediaada menghasilkan produk baru

Strategi Pembangunan Produk Baru ;

1. Penghasilan Idea (Idea Generation)
2. Penapisan (Idea Screening)
3. Pembangunan dan Pengujian Konsep (Concept Development/Testing)
4. Strategi Pemasaran (Marketing Strategy)
5. Analisa Perniagaan (Business Analysis)
6. Pembangunan Produk (Product Development)
7. Pengujian Pasaran (Market Testing)

8. Pemerdagangan (Commercialization



 

1.       Penghasilan Idea (Idea Generation)

Penjanaan idea ialah untuk mencari sebanyak idea yang mungkin sebelum idea tersebut ditapis atau dipilih. Idea boleh didapati daripada sumber dalaman atau sumber luaran firma.

2.       Penapisan Idea (Idea Screening)

Idea ditapis untuk mengenal pasti dan memilih idea yang baik dan menolak idea yang kurang baik atau tidak sesuai.


3.       Pembangunan Dan Pengujian Konsep (Concept Development & Testing)

Idea yang dipilih akan dibangunkan sebagai konsep produk.Konsep produk ialah huraian idea secara terperinci dinyatakan dalam konteks yang boleh difahami oleh pengguna. Idea produk ialah satu idea untuk produk yang mungkin akan dipasarkan di pasaran. Imej produk ialah gambaran pengguna terhadap produk sebenar atau produk potensi.


4.       Strategi Pemasaran (Marketing Strategy)

Strategi pemasaran melibatkan sasaran pasaran, perletakan produk, penentuan harga, pengedaran, matlamat jualan dan keuntungan serta syer pasaran yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan panjang.


5.       Analisa Perniagaan (Business Analysis)

Menilai daya tarikan perniagaan dengan mengkaji jangkaan jualan, kos pengeluaran dan jangkaan keuntungan untuk menentukan samada objektif firma dapat dipenuhi atau sebaliknya.


6.       Pembangunan Produk (Product Development)

Produk yang diilhamkan akan dibangunkan menjadi produk secara fizikal berdasarkan konsep yang telah dikenalpasti kepada model percubaan atau ‘prototype’ yang akan diuji keberkesanannya menggunakan kaedah; ujian fungsian dan ujian penggunaan.



7.       Pengujian Pemasaran (Market Testing)

Antara ujian yang mungkin dijalankan ialah ujian pada program pemasaran, strategi pemposisian produk, pengiklanan, pengedaran harga, jenama, pembungkusan dll. Bilangan ujian bergantung kepada kos dan risiko memperkenalkan produk, kos untuk ujian dan faktor masa.



8.       Pemerdagangan(Commercializatio n)

Beberapa keputusan yang perlu dibuat:untuk melancarkan produk baru;
1. Bila (When) – Masa
2. Di mana (Where) – Tempat
3. Pada siapa (To Whom) – Sasaran pasaran
4. Bagaimana (How) – Cara promosi dilakukan






Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.