Tips Temuduga

Tepati 7 perkara utama ini dahulu

Kata orang, "First Impression" adalah penting semasa proses temuduga berlangsung. Sebab kemungkinan besar panel penemuduga tidak pernah mengenali anda sebelum ini. Jadi, sikap dan perwatakan anda ketika inilah yang memberitahu segala-galanya.Walaupun nampak tidak begitu adil, itulah saja yang boleh dinilaikan oleh panel dalam masa yang sesingkat itu.


Sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu berusaha memperbaiki sikap atau "attitude" sebaik mungkin. Berikut adalah tips bagi meningkatkan karisma anda sebagai calon temuduga;

1. Berpakaian dan berpenampilan kemas serta sesuai untuk menghadiri temuduga.
Walaupun jawatan anda sekadar operator pengeluaran atau despatch, pastikan aspek pakaian dititikberatkan. Usah terikut-ikut dengan kata rakan-rakan anda yang belum pernah ada pengalaman jadi panel penemuduga tu.Karisma anda akan lebih terserlah jika mengikuti tips asas ini.

2. Tiba 15 hingga 30 minit lebih awal dari masa sebenar temuduga.
Ini dapat mengelakkan anda daripada kelam-kabut, gelabah atau gundah-gulana semasa di lokasi temuduga. Anda juga akan dilihat sebagai bersungguh-sungguh dan komited dengan jawatan yang dipohon.

3. Segala sijil, surat iringan dan resume disusun dengan rapi dalam satu fail khas.
Sediakan salinan fotostat sekali. Jika diminta oleh panel (jika ada 2 atau 3 orang), anda berikanlah salinan berikut kepada mereka.

4. Mengeluarkan suara dengan terang dan jelas semasa berkomunikasi dengan panel.
Jawablah soalan yang diajukan dengan jujur dan penuh yakin. Usah meninggi diri atau sesekali memperlekehkan panel penemuduga. Jika kurang bersetuju dengan mereka, berikan pendapat bernas anda dengan cara yang tegas tapi sopan dan professional.Selain itu, jangan mudah gelabah jika tidak tahu dengan jawapan terhadap soalan yang diajukan. Nyatakan permohohan maaf kerana anda kurang pasti dengan jawapannya sebenar.

5. Jawab soalan yang diajukan dengan tenang.
Elakkan daripada tergagap-gagap semasa menjawab soalan. Ketika memberikan jawapan, pandanglah ke arah panel yang mengajukan soalan tadi. Pandang tepat pada matanya dan tidak menundukkan kepala sebagai tanda yang anda seorang yang berkeyakinan.

6. Selidik dahulu serba sedikit tentang latar belakang syarikat.
Dapatkan maklumat seperti jenis industri, pencapaian syarikat terbabit atau apa saja maklumat terkini mengenai syarikat.Sediakan juga beberapa soalan berkaitan syarikat yang ingin anda ketahui. Bila panel bertanya kepada anda, awak ada apa-apa soalan? Anda tanyalah soalan tentang syarikat sebagai tanda minat dan kesungguhan anda.

7. Tahu atau menguasai bahasa ketiga.
Rata-rata di antara masyarakat Malaysia boleh berbahasa Malaysia, Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing.Jika anda dapat menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa lain daripada itu seperti bahasa Jepun, German, Perancis, Itali atau Korea, ia adalah bonus.

Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.