Udang Goreng Butter Berkari (Butter CurryPrawn)



Bahan-Bahan:
Udang kertas (besar) - 10 ekor
Telur (dipukul)
Rempah curry ikan - 1 sudu besar
Garam, perasa (secukup rasa)
Lada sulah (optional)
Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying)

Cara:
  • Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit.
  • Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul.
  • Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan.
Tambahan:
Api menggoreng hendaklah 3/4 panas untuk mendapatkan carikan telur yg cantik dan digoreng tidak hangus dan udang akan garing- well done). Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.

Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.