Criteria untuk memilih mold-mold utk Coklat
1) Jika ia dibuat dari plastik keras, pilihlah mold yang mempunyai permukaan yang licin dan mempunyai corak atau designnya yang jelas (sharp) dan nyata (define) seperti mold dibawah. Coklat yang akan dihasilkan akan terbentuk dengan cantik mengikut bentuk mold yang dipilih.
2) Jika ia dibuat dari jenis plastik yang lembut seperti jelly mold dibawah ni, adalah lebih baik jika anda memilih mold yang bersifat kosong atau "plain design" seperti mold bentuk hati kerana mold ini tidak dibuat dengan begitu baik. Corak yang banyak tetapi tidak jelas seperti mold bentuk kerang ini tidak akan membentuk dengan elok bila kita mencetak coklat .