9.0 Aspek Pasaran

Nyatakan maklumat pasaran anda seperti contoh di bawah :

contoh :


9.0.      ASPEK PASARAN

9.1        Pasaran Sasaran

Pasaran sasaran penduduk di sekitar Damansara Damai iaitu golongan wanita dan lelaki yang berumur antara 18-50thn. Ia terdiri daripada kakitangan sektor kerajaan, swasta dan perindustrian. Dianggarkan penduduk di kawasan ini seramai 30 000 orang manakala golongan wanita dan lelaki yang berumur antara 18-50thn adalah sebanyak 40%. 


Kumpulan sasaran    = 30.000 @ 40%
                                             =  12,000 orang

9.2        Saiz Pasaran

Bagi menentukan saiz pasaran, menganggarkan penduduk di Damansara Damai ialah seramai 30 000 orang. Setiap pelanggan akan membelanjakan sebanyak           RM 50.00 sebulan untuk keperluan pakaian. Hanya 40% sahaja penduduk di atas tinggal di kawasan berhampiran dengan lokasi perniagaan pemilik.


         Saiz pasaran  = 12,000 @ RM 50.00 @ 40%
                                 = RM 240,000.00 sebulan


9.3        Syer Pasaran

Berdasarkan anggaran saiz pasaran diatas, pemilik mensasarkan 1% - 3% sahaja yang akan menjadi pelanggan SPEARMINT pada setiap bulan untuk tempoh anggaran daripada 2007 – 2009 iaitu 3 tahun. Anggaran syer pasaran bulanan adalah seperti berikut :

Syer pasaran minimum                 =          RM 240,000.00 @ 1%
                                                         =          RM 2,400.00 

Syer pasaran maksimum               =          RM 200,000.00 @ 3%
                                                         =          RM 7,200.00


9.4        Strategi Pemasaran

Ë Promosi
F Membuat majlis pembukaan untuk pemberitahuan kepada pelanggan tetap,  penduduk setempat dan kawan-kawan
F Menjual ‘privileges card’ kepada para tetamu yang hadir pada majlis pembukaan dengan harga RM199.00/setahun. Keistimewaannya pemegang kad tersebut akan mendapat potongan harga 20% - 30% pada setiap produk yang dijual di premis, solekan siang/malam percuma sebanyak dua kali daripada salah satu pada hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, pertunangan, hari kekasih atau makan malam dan percuma tempahan sepasang baju kurung biasa pada hari lahir pemegang kad.
F Membuka kiosk di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Carrefour supaya dapat memperkenalkan SPEARMINT kepada pelanggan baru di merata tempat.
Ë Lokasi
F SPEARMINT terletak di dalam pusat membeli-belah iaitu kawasan yang strategik untuk menarik pelanggan datang berkunjung. Manakala deretan  rumah kedai, kawasan perumahan, sektor swasta, kerajaan dan perindustrian turut membantu meningkatkan lagi jualan SPEARMINT. Ia juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti  bas dan teksi.

Ë Harga
F Penetapan harga yang diletakan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ianya berkonsepkan ‘price follower’ iaitu mengikut kadar pasaran dan pesaing-pesaing yang lain.

Ë Produk
F Produk dan perkhidmatan yang dihasilkan adalah berkualiti dan bermutu. Ini kerana perniagaan ini mengikuti perubahan fesyen dan teknologi terkini setara dengan kehendak pelanggan masa kini. Produk dan perkhidmatan hendaklah sentiasa kekal kompetitif supaya diterima pelanggan.


9.5        Persaingan
F Buat masa ini, tiada lagi premis @ kedai yang membuka jenis perniagaan seperti SPEARMINT di dalam pusat membeli-belah ini. Pusat membeli-belah baru siap dibina pada awal tahun 2007.

9.6        Perbelanjaan Pemasaran

Butiran
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Perbelanjaan Lain
(RM)
      Promosi Jualan/Perkhidmatan
- Mengikut keperluan semasa -








Jumlah





Borang Tempahan E-Book

Name:
Email Address:
No. Telefon
Nama E-Book Yang Ingin Dibeli Bisnes Online Kit (RM 30)

Get your own free form like this one.