KESIMPULAN
10.0
PERANCANGAN PERNIAGAAN
F Berdasarkan kepada analisis dan kajian
pasaran yang di buat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk
berkembang di sekitar 10% - 20% setahun. Oleh kerana ia masih berada di tahap awal
perkembangan, ia telah menunjukkan potensi yang baik untuk dikembangkan di masa
hadapan.
F Keadaan ekonomi negara yang terus
berkembang positif turut menyumbang kepada perkembangan jualan SPEARMINT. Pemulihan ekonomi
negara ini turut merangsang pembangunan di Damansara
Damai dimana terdapat banyak kawasan perindustrian dan komesial serta
pejabat kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi. Ini akan meningkatkan
lagi saiz pasaran yang dimiliki oleh SPEARMINT.
F Salah satu faktor yang boleh membantu
meningkatkan potensi perniagaan ini ialah tidak banyak perniagaan seumpama ini
yang dimiliki oleh bumiputera di mana SPEARMINT
beroperasi. Dalam keadaan ini SPEARMINT
mengambil peluang keemasan untuk menempatkan diri di dalam pasaran untuk
mengambil hati pelanggan. Ini kerana
majoriti penduduk sekitar adalah bumiputera.
F Lokasi kedai yang terletak di dalam pusat
membeli-belah memberi kelebihan pada SPEARMINT
untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang diberikan pada tahap yang
lebih tinggi. Dengan usaha yang berterusan saya percaya SPEARMINT akan mendapat tempat di hati pelanggan.
F Saya selaku pemilik SPEARMINT yakin dengan perancangan perniagaan ini. Tanpa lokasi dan
perkhidmatan yang baik perniagaan ini tidak akan maju dengan mudah tanpa usaha
yang gigih.